Diawal pagi setelah seminggu haffiq di tahan di ward dan setelah bermacam2 ujian di jalankan semula,doc ward datang dan beritahu bahawa doc pakar ingin berbincang dgn aku suami isteri tentang haffiq.walaupon aku terperanjat tapi aku tahu aku mesti tahu apa yg aku perlu tahu...aku tak tunggu pon en suami aku datang,aku rasakan masa tu lambat berjalan dan aku meluru teros pergi ke bilik doc ...rupa2nya kat bilik doc tu dah ada 3 org yg memang dah menanti kedatangan ku...seorang memang aku kenal benar,seorang doktor pakar dan seorang lagi doc kaunseler...apa2 la aku dah tak kisah siapa yg ada di depan ku sekarang ini.....yg aku mahu tahu cerita tentang anak ku saja.....di pendek kan cerita ,doc pakar tu kata haffiq tak perlu jalani apa2 rawatan yg besar lagi,maksod doc tu haffiq tak perlu jalani pembedahan hati,sebabnya doc tu kata kalau aku mampu cari duit sebanyak mana pon dan kalau pon aku dapat cari org untuk menderma hati pon,risikonya amat la tinggi..sebabnya keadaan haffiq tak boleh terima pembedahan,darah platlet dia yg memang rendah di sebabkan limpa yg besar dan bengkak dan teros melibatkan hatinya menjadi keras...aku pon tak faham istilah2 doktor ni,yg aku tahu dan faham doktor kata jaga la dia sebaik mungkin,elakkan dia dari selalu demam2 atau lasak2...kalau kurang darah akan masok darah hanya itu saja rawatannya....sedih kan anak yg ku bawa 9 bulan di dalam rahim ku dan dah membesar selama 14 tahon tiba2 di khabarkan berita macam ni...aku meraung kat dalam bilik tu,aku memang tak pandai bercakap,aku bukan seorang ibu yg berpelajaran tinggi,dan aku pon tak pandai kaji tentang penyakit2 ni tapi yg aku tahu dan pasti ,aku sayang anak ni,aku tak sanggop nak kehilangan dia buat masa ni....YA ALLAH pedihnya dadaku ketika ini...aku tanya doktor jangka hajat anak ku tapi doktor kata selagi haffiq kuat dan selagi aku dapat jauhkan kemalangan dan elakkan jangkitan,haffiq akan dapat teroskan kehidupannya seperti anak2 yg lain....
Bila aku keluar dari bilik doktor rupanya en suami dan anak perempuan ku dah ada di katil haffiq,bila pandang aje wajah2 kesayangan hamba ni,apa lagi nangis la ,aku ni badan aje besau hati kecik,bila melibatkan hal anak2 aku le insan yg paling sensitip(airmata peneman hidup ku dan pengubat jiwa ku)huhuhu....aku cerita segala2nya pada en suami dan anak perempuan ku dan haffiq tukang mendengar sama...kami 3 beranak menangis tapi ALLAH HU AKHBAR haffiq tukang ceriakan semula keadaan...aku masih ingat lagi haffiq cakap,.. asal ni,.. nangis je,..dah le dah le..,adik tak ada apa2 pon...Hebat anak ini,dia yg sakit tapi dia tak merasai kesakitan tu...dan aku tetap seperti biasa aku tetap menangis bila tengok dia sakit..... ..
Hari ni setelah setahon berlalu alhamdulillah kesihatan haffiq masih sihat dan boleh aku kata kan haffiq semakin sihat dari dulu...ALLAH MAHA BERKUASA....Ya Allah ,KAU semboh kan lah anak ku ini,berikan la dia kesihatan yg baik untuk dia menikmati kehidupan di dunia ini,Ya Allah...sesungguhnya kepada MU la tempat aku memohon ...amin amin amin ya rabbal alamin.......
Terimakasih kepada kawan2 dan semua yg di luar sana yg setia mengikuti kisah anak ku dari awal lagi...doakan lah semuga anak ku ini teros di berikan kesihatan yg baik ...di panjangkan umur dan di murahkan rezeki....dan di limpahi kebaikan dunia dan akhriat.... aminnn....
tetap senyom walaupon perot kena tekan |
tidor dalam sakit |
ummi sayang kamu nak... |
ummi dan ayah sentiasa akan ada disini mu sayang |
ayah yg tak pernah kenal erti penat.... |