Buat renungan anak anak semua
Esok hari ibu,......satu hari yg perlu disambot oleh semua anak2 didunia ini ,ianya untuk menghargai jasa dan pergorbanan seorang ibu.....tanpa kita sedari kadang2 kita terlupa yg ibu kita telah banyak berkorban untuk kita.Perit lelah ibu mengandongkan kita selama 9 bulan tidak pernah ibu kita ungkit,sekalipon kita banyak merungut bila mana ibu kita meminta bantuan dari kita. Ibu mempertaruhan nyawanya untuk melahirkan kita didunia ini,tapi pernahkah kita ucapkan terimakasih? Inilah golongan insan yang bergelar ibu yang kadang-kadang kita ketepikan dan kita lupa jasa dan pengorbanan mereka...
Apa yang perlu kita lakukan pada hari Ibu ini? Terpulang kepada kita untuk menentukannya, tapi pada ibu sendiri, tidak perlu kita tunggu tibanya Hari Ibu untuk kita hargai ibu kita. Selagi ibu kita disisi, selagi kita masih bernyawa, setiap hari kita harus menghargai mereka. Jangan sesekali kita lupakan jasa dan pengorbanan yang telah mereka lakukan demi kita semua. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu, jadi berbaktilah dan hargailah mereka selagi kita masih berkesempatan.
Jadi sempena Hari Ibu ini ibu sebagai seorang anak ingin mengucapkan selamat hari ibu buat emak ibu MUNAH BINTI SAAT ,terimakasih mak kerana telah membesarkan ayon walaupon ayon ini bukan dari darah daging mak sendiri ...ayon sayanggggg mak....dan buat ibu mertua ku puan HABSAH BINTI KADIR terimakasih kerana menyayangi diri ibu ini seperti anak mak sendiri......dan buat emak kandong ibu sendiri yg tak pernah ibu tatap wajahnya puan WIYAH BINTI DERAMAN terimakasih kerana sudi melahirkan ibu walaupon hidupnya penuh dengan dugaan.......SEMUGA ALLAH memberkati emak2 ibu semuanya....AMIN......
Buat anak2 ibu pulak ibu tak mengharapkan sebarang hadiah...yg penting ibu nak dikasihi , dihargai,disayangi,di cintai,di hormati dan yg paling penting sering didoakan oleh semua anak2 ibu.......BERATKAH atau BESARKAH permintaan ibu ini.......??????????
|
kau lah RATU hatikuuuuu |
|
sayanggggg mak |
|
selamat hari ibu kepada kakak ibu jugakkkk |
|
buat semua ibu SELAMAT HARI IBU |
ANAK IBU
|
rindu along |
|
manjanya dak angahhhh
|
Ibu SAYANGGGGGGG anak2 ibu
nak balek kampongggg!!! nak makan sambal sotong mak! hihiii...
ReplyDelete