Showing posts with label Ibu. Show all posts
Showing posts with label Ibu. Show all posts

Tuesday, 20 March 2012

setahon dah berlalu

   Di waktu yg sama ,setahon yg lalu haffiq sekali lagi kena admit di hospital melaka.masa tu keadaan dia agak terok jugak dimana darah platletnya jatuh terendah sekali...macam2 ujian di lakukan balik,tak sanggop aku tengok keadaan dia masa tu.haffiq betol2 anak yg  hebat,tak nangis pon bila di cucuk berulang kali.aku plak yg nangis hehehe...mana nya aku tak menangis ,selama seminggu dia di tahan setiap hari 2 kali darahnya diambil,urat tangan,urat kaki habis lebam2,tu belom lagi yg untuk cari line utk masokkan drip,masok air la,masok ubat la dan masok darah lagi....line dia plak tak tahan lama ,baru satu hari dah bengkak,cucuk lagi....tapi aku betol2 respek kat haffiq sebab dia tetap ceria dan tak macam budak2 yg sakit,tetap bercakap dan tetap ketawa...kuat semangat kau nak huhuhu....

       Diawal pagi setelah seminggu haffiq di tahan di ward dan setelah bermacam2 ujian di jalankan semula,doc ward datang dan beritahu bahawa doc pakar ingin berbincang dgn aku suami isteri tentang haffiq.walaupon aku terperanjat tapi aku tahu aku mesti tahu apa yg aku perlu tahu...aku tak tunggu pon en suami aku datang,aku rasakan masa tu lambat berjalan dan aku meluru teros pergi ke bilik doc ...rupa2nya kat bilik doc tu dah ada 3 org yg memang dah menanti kedatangan ku...seorang memang aku kenal benar,seorang doktor pakar dan seorang lagi doc  kaunseler...apa2 la aku dah tak kisah siapa yg ada di depan ku sekarang ini.....yg aku mahu tahu cerita tentang anak ku saja.....di pendek kan cerita ,doc pakar tu kata haffiq tak perlu jalani apa2 rawatan yg besar lagi,maksod doc tu haffiq tak perlu jalani pembedahan hati,sebabnya doc tu kata kalau aku mampu cari duit sebanyak mana pon dan kalau pon aku dapat cari org untuk menderma hati pon,risikonya amat la tinggi..sebabnya keadaan haffiq tak boleh terima pembedahan,darah platlet dia yg memang rendah di sebabkan limpa yg besar dan bengkak dan teros melibatkan hatinya menjadi keras...aku pon tak faham istilah2 doktor ni,yg aku tahu dan faham doktor kata jaga la dia sebaik mungkin,elakkan dia dari selalu demam2 atau lasak2...kalau kurang darah akan masok darah hanya itu saja rawatannya....sedih kan anak yg ku bawa 9 bulan di dalam rahim ku dan dah membesar selama 14 tahon tiba2 di khabarkan berita macam ni...aku meraung kat dalam bilik tu,aku memang tak pandai bercakap,aku bukan seorang ibu yg berpelajaran tinggi,dan aku pon tak pandai kaji tentang penyakit2 ni tapi yg aku tahu dan pasti ,aku sayang anak ni,aku tak sanggop nak kehilangan dia buat masa ni....YA ALLAH pedihnya dadaku ketika ini...aku tanya doktor jangka hajat anak ku tapi doktor kata selagi haffiq kuat dan selagi aku dapat jauhkan kemalangan dan elakkan jangkitan,haffiq akan dapat teroskan kehidupannya seperti anak2 yg lain....
             Bila aku  keluar dari bilik doktor rupanya en suami dan anak perempuan ku dah ada di katil haffiq,bila pandang aje wajah2 kesayangan hamba ni,apa lagi nangis la ,aku ni badan aje besau hati kecik,bila melibatkan hal anak2 aku le insan yg paling sensitip(airmata peneman hidup ku dan pengubat jiwa ku)huhuhu....aku cerita segala2nya pada en suami dan anak perempuan ku dan haffiq tukang mendengar sama...kami 3 beranak menangis tapi ALLAH HU AKHBAR haffiq tukang ceriakan semula keadaan...aku masih ingat lagi haffiq cakap,.. asal ni,.. nangis je,..dah le dah le..,adik tak ada apa2 pon...Hebat anak ini,dia yg sakit tapi dia tak merasai kesakitan tu...dan aku tetap seperti biasa aku tetap menangis  bila tengok dia sakit..... ..
           Hari ni setelah setahon berlalu alhamdulillah kesihatan haffiq masih sihat dan boleh aku kata kan haffiq semakin sihat dari dulu...ALLAH MAHA BERKUASA....Ya Allah ,KAU semboh kan lah anak ku ini,berikan la dia kesihatan yg baik untuk dia menikmati kehidupan di dunia ini,Ya Allah...sesungguhnya kepada MU la tempat aku memohon ...amin amin amin ya rabbal alamin.......

    Terimakasih kepada kawan2 dan semua yg di luar sana yg setia mengikuti kisah anak ku dari awal lagi...doakan lah semuga anak ku ini teros di berikan kesihatan yg baik ...di panjangkan umur dan di murahkan rezeki....dan di limpahi kebaikan dunia dan akhriat.... aminnn....





tetap senyom walaupon perot kena tekan

tidor dalam sakit
ummi sayang kamu nak...


ummi dan ayah sentiasa akan ada disini mu sayang

ayah yg tak pernah kenal erti penat....

Monday, 5 March 2012

kini kembali semulaa

lamanya ibu tak cerita kannnn,nak cerita tapi malas nak tulis hehehehe
macam2 berlaku akhir tahun yg lalu..yg manis ada ,yg masam lagi le ada
alhamdulillah along dah bertunang,mungkin tahon 2013 langsungnya
pilihannya dah tentu la wan habsah bte wan daud hehehehe
semuga jodoh milik kekal buat kamu berdua
JOM KITA LAYAN GAMBAR
 








Tuesday, 26 July 2011

Anak-anak: Sindrom Williams Penyakit Genetik Yang Kurang Diketahui

manjanya anak ibu ni

belajau pandai2 ye nak
                                               
hendak tidur ke sayang ooi

besaunya mata diaaa

tidur dalam imannnn

kesayangan ibu

semuga anak ibu ni sentiasa sihat dan gembira

ni marah siapa plak niii
CAKKK




 Kuala Lumpur.
Kanak-kanak ini kelihatan normal, sangat peramah, ceria dan senyuman serta gelak tawa sentiasa terukir di wajah.

Sikap ramah kanak-kanak ini kadang kala menimbulkan kebimbangan keluarga kerana mereka langsung tidak takut kepada sesiapa.

Namun di sebalik senyuman yang diukir, mereka berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya komplikasi jantung, saluran usus yang sempit, malah ada dalam kalangan mereka berhadapan dengan masalah kalsium yang tinggi hingga boleh mengundang maut sekiranya tidak dikesan pada peringkat awal.

Dengan memiliki wajah yang unik, mereka sebenarnya adalah kanak-kanak Sindrom Williams (SW) yang jarang diketahui masyarakat Malaysia.

Sindrom Williams

Berbeza dengan Sindrom Down yang kerap berlaku dengan kadar nisbah 1:670 pada setiap kelahiran, SW pula sebaliknya, di mana ia tergolong dalam satu daripada ribuan Penyakit Jarang Jumpa (PJJ) atau 'Rare Disease'.

Contohnya di Amerika Syarikat, nisbah kelahiran bayi yang menghidap penyakit SW ialah 1:20,000 atau 30,000 pada setiap kelahiran.

Oleh kerana penyakit SW jarang berlaku, menyebabkan kesukaran untuk mengesan pada peringkat awal ditambah dengan kekurangan penyelidik dan doktor yang kebanyakannya hanya ada di bandar besar.

Menurut Ketua Jabatan Pediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Thong Meow Keong, bukan sahaja masyarakat tidak mengetahui penyakit ini, malah doktor sendiri kurang mengetahuinya kecuali dalam kalangan pakar genetik dan jantung.

"Sukar mengesan SW kerana terdapat kombinasi ciri yang pelbagai dan tidak ada ciri khusus yang mengesahkan seseorang bayi atau kanak-kanak itu menghidap SW. Ciri yang biasa terjadi kepada pesakit SW antaranya masalah jantung, saluran injap yang sempit, masalah usus serta kalsium yang tinggi pada badan serta memiliki bentuk wajah yang unik," katanya.

Nama SW diambil sempena nama seorang doktor, J.Williams, iaitu doktor pertama mengenalpasti ciri-ciri tertentu pada pesakit kanak-kanak yang dirawat sekitar 1965.

Melalui jurnalnya, Dr Williams menyatakan kombinasi ciri-ciri penyakit pada kanak-kanak itu antaranya masalah jantung, saluran injap yang sempit, masalah saluran usus serta memiliki bentuk wajah yang agak unik.

Para doktor terutama pakar jantung yang menemui ciri-ciri itu pada pesakit mereka kemudian menamakannya sebagai Sindrom Williams.

Dr Thong berkata SW adalah penyakit genetik yang bukan berpunca daripada ibu atau bapa sebaliknya berlaku dengan sendirinya apabila secebis bahagian pada kromosom nombor 7 iaitu kilang untuk memproses protein bagi menghasilkan elastin yang berfungsi membesarkan salur-salur darah, kulit, rongga mengikut usia bermula dari dalam kandungan telah hilang.

Kehilangan sebahagian cebisan ini menyebabkan 70 hingga 80 peratus penghidap SW berhadapan dengan masalah jantung selain masalah SW.

"Setiap kita mempunyai 46 kromosom atau 23 pasang yang menyimpan 30,000 gen, apabila terdapat sedikit kecacatan pada kromosom itu, ia akan membentuk pelbagai komplikasi dalam tubuh.

"Sukar untuk mengesan SW pada peringkat awal kerana tidak mempunyai ciri-ciri khusus yang lebih tepat seperti mana yang mudah kita kenali pada kanak-kanak Sindrom Down," katanya.

Harapan

Setiap tahun dianggarkan 500,000 kelahiran di seluruh dunia dan kira-kira 20,000 bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan. Di Malaysia dianggarkan tiga hingga lima peratus bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan kelahiran yang sebahagiannya ialah PJJ.

Dr Thong berkata pesakit SW jika tidak diagnos lebih awal boleh mengancam nyawa kerana komplikasi yang dihadapi terutama membabitkan jantung.

"Sekiranya doktor mendapat maklumat awal yang lengkap, SW boleh didiagnos pada peringkat awal dengan menjalankan beberapa ujian khusus terutama yang membabitkan masalah jantung yang akan terus dirujuk kepada doktor kardiologi untuk menjalankan pembedahan jantung ataupun injab yang sempit bagi menyelamatkan bayi atau kanak-kanak Sindrom Williams," katanya.

Kanak-kanak SW mempunyai ciri-ciri tertentu pada wajah mereka seperti bengkak di sekitar mata dengan kelopak mata yang berlipat, mulut yang lebar dan bibir di bahagian bawah yang agak tebal serta dagu yang kecil.

Dr Thong berkata bagaimanapun ciri-ciri itu tidak menonjol menyebabkan kanak-kanak SW dilihat sama seperti kanak-kanak normal lain.

"Perkembangan otak bayi dan kanak-kanak SW agak lambat berbanding kanak-kanak biasa. Ini menyebabkan perkembangan dan pembelajaran mereka menghadapi sedikit masalah. Oleh itu ibu bapa yang mengesan kelainan pada anak mereka ketika lahir perlu rujuk kepada doktor agar dapat diberi perhatian awal dan menjalani terapi.

"Dengan rawatan awal juga anak-anak ini boleh ditempatkan di sekolah khas agar mereka boleh hidup berdikari dan tidak ketinggalan berbanding rakan-rakan sebaya yang normal," katanya.

Bagaimanapun di sebalik kekurangan itu, kebanyakan pesakit SW mempunyai keunikannya tersendiri di mana mereka adalah seorang yang sangat peramah serta mudah ketawa. Dikenali dengan wajah ceria "happy face', kajian menunjukkan pesakit SW mempunyai memori pendengaran yang lebih tinggi berbanding orang normal.

"Walaupun peramah, pertuturan mereka sukar difahami, namun memori pendengaran mereka sangat tinggi dan ini menyebabkan kebanyakan mereka sangat menyukai muzik, malah ada dalam kalangan mereka yang berkebolehan menjadi pemuzik yang baik," katanya.

KONGSI PENGALAMAN ANAK SINDROM WILLIAMS

Berkongsi pengalaman dengan seorang ibu yang melahirkan anak SW, Masliza Maaris, 35, berkata beliau tidak menduga anak ketiganya, Adlan Iman, 11 bulan adalah anak SW.

Dilahirkan secara normal, Iman cukup sempurna sama seperti dua abangnya, Amirul Hakimi, 7, dan Arman Adham, 5 tahun.

Namun sebaik doktor pakar Kardiologi yang merawat Iman menyatakan kemungkinan Iman yang berumur empat bulan ketika itu adalah penghidap Sindrom Williams (SW), beliau tergamam dan tidak mampu berkata apa-apa.

"Sukar untuk digambarkan perasaan ketika itu. Saya tak pernah dengar nama penyakit Sindrom Williams sebelum ini. Macam-macam yang bermain di fikiran ketika itu terutama apabila memikirkan masa depan Iman.

"Namun saya besyukur kerana dapat mengenalpasti kekurangan Iman ketika dia masih bayi lagi, jadi ini memudahkan saya untuk merancang dan melakukan sesuatu bagi membantu perkembangan anak seperti Iman," katanya.

Menceritakan tentang pengalaman berhadapan dengan penyakit SW, Masliza berkata beliau mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada Iman ketika awal kelahiran apabila anaknya itu tidak boleh menerima susu yang diberikan.

"Selain kuat menangis terutama pada malam, Iman juga memuntahkan semula susu yang diberikan, seperti badannya tidak boleh menerima susu itu," katanya.

Pemeriksaan demi pemeriksaan dijalankan, doktor mengesahkan saluran usus Iman sempit yang menyebabkan sukar untuk Iman minum susu hingga menyebabkan berat badannya yang seberat 2.3 kilogram ketika dilahirkan turun kepada 1.7 kilogram.

"Saluran usus yang sempit itu menyebabkan sakit kuning Iman bertambah kritikal yang memerlukan pemindahan darah dilakukan serta merta dan pada usianya tiga minggu Iman terpaksa menjalani pembedahan bagi membetulkan saluran usus.

"Setelah keluar dari wad, pemeriksaan penuh dijalankan ke atas Iman dan doktor mengesahkan saluran darah dalam jantungnya sempit dan akhirnya kami mendapatkan pandangan doktor pakar jantung bagi mengenalpasti penyakit sebenar Iman," katanya.

Apabila dirujuk kepada doktor pakar itulah beliau dimaklumkan kemungkinan Iman menghidap penyakit SW.

"Doktor menyatakan ada pada wajah Iman ciri-ciri SW antaranya hidung yang agak pesek, pipi agak ke bawah sedikit, bentuk telinga yang tajam seperti mana yang dimiliki anak SW yang lain," katanya.

Bagi mengesahkan perkara itu, beliau dan suami, Mohd Faiz Abdul Razak membawa Iman menjalani ujian Fish Test (Fluorescense in sibu hybridization) di sebuah hospital swasta bagi menjalani pemeriksaan kromosom dan akhirnya keputusan itu mengesahkan Iman penghidap SW.Jalani terapi

Selain masalah usus dan saluran jantung yang sempit, Iman juga berhadapan dengan masalah tahap kalsium yang tinggi dalam badan dan tidak boleh diberikan susu yang tinggi kalsium.

Berbeza dengan bayi seusianya, perkembangan Iman juga agak lambat di mana jika bayi seusianya sekarang sudah pandai berdiri jatuh, Iman pula baru hendak belajar merangkak.

Katanya Iman kini menjalani program pencegahan awal di PPUM setiap dua minggu sekali bagi membantu mempercepatkan perkembangan dan pergerakan fizikalnya selain menjalani pemeriksaan berkala pada jantung, ginjal, air kencing dan darah bagi mengawal simptom-simptom SW.

Selain itu pakar pemakanan juga akan menentukan diet Iman mengambil campuran susu, nestum dan "calborie" dalam pemakanan sehariannya.

Diet ini penting kerana bayi dan kanak-kanak SW akan menghadapi masalah sendi yang keras akibat kalsium yang tinggi selain akan menyukarkanya untuk menelan makanan.

"Melihat Iman pada hari ini, saya sanggat bangga kerana dia cukup kuat untuk melaluinya dan kini dia semakin membesar. Dia sangat mesra dengan sesiapapun dan mudah ketawa apabila disapa sama seperti ciri-ciri anak SW.

"Saya harap suatu hari nanti Iman boleh berdikari dan menjalani kehidupan seperti orang lain walaupun hakikatnya dia mempunyai kekurangan," katanya.

Masliza juga berharap dapat membina kumpulan sokongan dalam kalangan keluarga dan anak pesakit SW di Malaysia agar dapat berkongsi pengalaman, serta ilmu bersama masyarakat Malaysia agar tidak bersendirian membesarkan anak Sydrome William.
   
    DAN BUAT PENGETAHUAN SEMUA ANAK IBU YANG ISTIMEWA NI PON DALAM KATEGORI  SYDROME WILLIAM....yg turut mengalami komplikasi jantung berlubang,limpa yg bengkak.hatinya semakin kecut dan masallah darah platelet yg rendah...besau sungguh penyakit yg di tanggung olehnya............SEMUGA ADA SINAR BUAT ANAK KU INI.........
           

                                  

Saturday, 23 July 2011

Pantun buat anak2 ibu

 Orang Aceh sedang sembahyang                                          BUAT ALONG
Hari jumaat di tengah hari
Pergi la along pergi la sayang
Pandai pandai la menjaga diri

Hati hati pergi menyeberang
Jangan sampai titian patah
Hati hati di rantau orang
Jangan sampai berbuat salah


Burung merpati hinggap ditaman
Cenderawasih terbang tinggi di awan
Tabahkan hati tetap kan iman
Tak akan hilang arah tujuan

Bersiar siar ditepi telaga
Untuk berhibur hati yg lara
Kepada along jauh di mata
Mama dan ayah rindu tak terkira

Waktu petang pergi kelaut
Naik sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut tersebut
Budi yg baik teringat selalu

Terang bulan di Pulau Pinang
Anak Belanda turun dari kapal
Tengah malam bangkit terkenang
Air mata turun ke bantal

Ramai orang berhijrah ke selatan
Pergi membeli sebidang tanah
Kalau cemburu jangan berlebihan
Agar kasih tidak la musnah

Ditepi sungai berenang renang
Tebarkan jala tangkap gelama
Jangan disebut jangan dikenang
Lupakan saja sengketa lama
                                     

                                                      BUAT ANGAH


 Layang layang putus teraju                                                    
Tersangkut mari di pokok delima
Kalau dapat kasih setuju
Tentu boleh kekalnya lama

Kalau kita menebang jati
Biar serpih tumbangnya jangan
Kalau kita mencari ganti
Biar lebih kurangnya jangan

Memang pahit pucuk beluntas
Daun selasih ulam istana
Salah jahit boleh di tetas
Salah kau pilih jiwa kau merana

Kucing kurus mandi di papan
Papan nya pulak si kayu jati
Angah kurus bukan nya kurang makan
Tapi kurus memikirkan si jantung hati

Api api unggunan kandis
Damar tumpah di kulit tegar
Lelaki ni angah, mulutnya manis
Jika dia bersumpah jangan sesekali kau dengar

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat lipat
Dunia selamat akhirat hebat


                                                              BUAT ANIP


Orang haji dari Jeddah                
Buah kurma melambak lambak
Perkerjaan guru bukannya mudah
Bagai kerja menolak ombak

Pinang muda di belah dua
Anak burung mati di ranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan di ubah

Kapal Ajiman disangka hantu
Nampak dari Kuala Aceh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih

Kelip kelip ditengah malam
Cantik bintang sangat menawan
Biar cinta banyak halangan
Itu pasal le kau kena jaga cinta tu dgn kesetiaan

Hari panas jangan ke laut
Kalau kelaut kapal tergalang
Hati panas jangan di turut
Kalau diturut akal pon jadi hilang


                                                                    BUAT NAPI


Tunggang kuda naik pedati
Jatuh tersungkur ke dalam semak
Jangan terlalu ikotkan kata hati
Nanti macam harimau naik minyak

Angin teluk membelah pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarla buruk kain di pakai
Asal pandai mengambil hati

Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya banyak yg tidak kena
Jaga la diri jangan tersilap
Jikalau tersilap kau jugak yg bencana

Budak budak berkejar kejaran
Rasa gembira bermain disana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya

Mari kita menanam halia
Ambik sedikit buat juadah
Usia muda jangan di sia sia
Nanti tua sesal tak sudah

Pergi ke sungai mencari ikan belida
Terpancing pulak si ikan keli
Buat baik berpada pada
Buat jahat jangan sekali

Di umpan merak dengan dedak
Hendak ditangkap dengan segera
Di sana hendak disitu pon kau hendak
Cuba le tepok dada dulu,kemudian tanya selera

Roti kaya airnya bandong
Jadi hidangan datok panglima
Biar pon kaya 7 gedong
Kalau tak sembahyang tak ada guna

.

                                                                    BUAT BABY


Ayam kedek kedek
Beri makan padi
Ibu sayang adik
Adik mesti pandai mengaji

Anak lembu merah
Tambat kat pokok asam
Baby kena marah
Baby tarik muka masam

Di hinggap api habis rentung
Kayu alang atapnya ijuk
Buah hati pengarang jantung
Baby meradang payah nak pujuk

Pergi kekota beli kaca
Beli pita dua seuntai
Pandai menyanyi pandai membaca
Itu tanda baby yg pandai

Limau purut limau manis
Tumbuh sebatang ditepi rawa
Kalau di jemput dengan manis
Baby datang dengan ketawa

Hujan menderu rembas di lembah
Pokok mengkudu habis la rebah
Sakit baby tidak la pernah kebah
Hanya tenang dan redha perlu di tambah

Lemak lemak si buah pinang
Lemak lagi pulut berinti
Ibu dan ayah sentiasa berdoa
Buat baby si buah hati

Hitam kulit isinya putih
Buah manggis memang manis
Biar sulit jiwa merintih
Baby tetap tak pernah menangis


                                                       MATI DENAK DEK RACUN SUMPITAN
                                                       ANAK RAJA SUKA MEMBURU
                                                       SAYANG ANAK ANAK UMPAMA JAMBATAN
                                                       PENYAMBONG KASIH AYAH DAN IBU
                                                     
                                                     
                          PUTIH AWAN MENYAPU ANGKASA
                         BIRU LANGIT NAMPAK BERBALAM
                          PANDANG GAMBAR ANAK MENGGAMBIT RASA
                         RINDU MENGGAMBIT KENANGAN SILAM


                                            PERGI KE PEKAN MEMBELI LAICI
                                            SINGGAH BEREHAT BERSAMA TEMAN
                                      MARAHNYA IBU NAK BUKANNYA MARAH MEMBENCI
                                      SEBAGAI NASIHAT UNTUK JADIKAN PEDOMAN

                                                 
                         ULAM PEGAGA TUMBUH MELATA
                         TUMBUH BANYAK DI LAMAN DEPAN
                         EMAS PERMATA TIDAK DI PINTA
                         KEJAYAAN ANAK2 JADI HARAPAN


                                                 AIR DI CEDOK DARI PERIGI
                                                 BASUH LA TANGAN SELEPAS MAKAN
                                                ANDAI AYAH DAN IBU TELAH PERGI
                                                MOHON SEPOTONG DOA ANAK2 SEDEKAHKAN





           
                                       SEMUGA ALLAH MEMBERKATI KELUARGA KITA                      

Sunday, 17 July 2011

adakah ini dalam hati anak2 ibu

Bila lapar yg suapkan aku .....mak
bila dahaga yg susukan aku ...mak
bila bangun tidor yg aku cari....mak
bila menanggis orang yg pertama datang ...mak
bila nak bermanja aku dekati ....mak
bila sedih yg boleh pujuk aku ....mak
bila nakal yg marah pon ...mak
bila mengajuk yg memujuk aku pon ...mak
bila takot yg tenangkan aku ...mak
bila nak pelok ,aku suka pelok ...mak
aku selalu teringatkan ...mak
bila sedih aku mesti telepon..... mak
bila seronok org pertama nak aku beritahu...mak
bila bengang aku suka luah pada...mak
bila takut aku selalu panggil ...makkkkk
bila aku sakit org yg paling risau...mak
bila aku nak exam org yg paling sibok....mak
bila aku buat hal org yg pertama marah aku ...mak
bila aku ada masalah yg paling risau....mak
bila nak kawin org pertama yg aku rujuk...mak
yg masih pelok cium aku sampai hari ni ...mak
yg selalu masak makanan kegemaran aku...mak
yg selalu berleter kat aku ...mak
yg selalu marah aku...mak
yg selalu nasihat aku...mak
yg selalu puji aku ...mak
yg selalu sokong aku...mak






                 Dan buat pengetahuan anak2 ibu semua ,perkataan yg mula2 kamu sebut dulu....MAK

Friday, 8 July 2011

PERASAAN

                                  Ada masa kita ni tak sedar kita ni dah susahkan orang


                                  Ada masa kita ni pon dah ada membebankan orang


                                 Ada masa kita tak tahu samada orang tu ikhlas ke tidak dengan kita


                                 Ada masa kita ni pon tak sedar kita ni sensitif


                                  Ada masa kita tak tahu kita dah buat orang marah


                                 Ada masa kita tak tahu orang tu jujur ke tidak dengan kita


     Ya ALLAH aku pasrah dengan ketentuan MU,aku sedar banyak kelalaian dan kemungkaran yang  telah aku lakukan.Adakah ujian Mu ini petanda masih ada sayang terhadap ku........


                                  Ada masa ALLAH sembunyikan matahari,


                                  Dia turunkan hujan dan ribut petir,


                                 Kita pulak mengeluh dan bersedih ke mana hilangnya matahari,
                                
                                


               RUPA RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI YANG INDAH.

Tuesday, 5 July 2011

ambik lesen kereta

          Seriau bunyi dia kan ,yelah lah umur dah menaik senja sama lorat nak ambik lesen hehehe.....tapi atas sokongan ,dorongan ayah dan anak2 ibu ,ibu teruskan jugak niat tu.....ada masa ibu fikir betul ke ni, yakin ke ibu ni ...macam tak caya pon ada  hahahaha.......

         Anak2 ibu pon tahu kan ibu ni tak pernah nak ambik tahu atau  beri perhatian kat kereta ni,walaupon  memang  hari2 jugak la ibu naik kereta ......tapi betul la kata pepatah tak kenal maka tak cinta hehehe

        Mula2 ibu kena ujian buta warna,lulus dgn cemerlang,lepas tu kena dengau ceramah undang2 sampai 5 jam,bosan la jugak ,ye la kan dah hampir 25 tahun tak masok kelas hehehe,seminggu lepas tu ibu ambik ujian berkomputer JPJ alhamdulillah ibu lulus jugakkkk 43/50 ,ini secara tidak langsung ibu dah boleh dapat lesen L TAPI sebelum tu ibu kena masok kelas lagiii kursus pra L pulak selama 6 jam......bila dah ada lesen L ni pengalaman baru bermula hehehe..... BELAJAR MEMANDU .......

       Ibu bermula dari 0,belajar dari mula menghidupkan enjin sampai le berhentikan kereta ,segalanya baru bagi ibu.... Kesian plak ibu tengok pak cik diriving tu dapat pelajar yg macam ibu ni ....kalau le anak2 ibu dapat tengok mesti kamu semua guling2 ketawakan ibu...mana tak nya pakcik tu suruh ibu pusing stereng ke kiri ibu pusing kanan,bila pak cik tu suruh ibu pusing stereng kekanan boleh plak ibu tanya balik macam mana nak ke kanan  hahahaha(baik le pak cik tu penyabau org nya kalau tak mahunya di bagi penyepak)Air peloh air mata sama2 banyak keluar HEHEHE air peloh pasal panas le pukul 3 ptg belajau kereta mana tak nya berpeluh,air cond plak ditutup ....air mata yg keluar plak bukan pasal ibu nangis tapi pasal ibu ketawa le,ibu ni kalau ketawa banyakpon mesti boleh nangis nya.....   apa 2 pon ibu angkat tabik kat pakcik diriving tu la belom sempat ibu tekan brek dia siang2 dah tekan dulu hahahaha kalau  tak mahu jahanam kereta dia asyik kena langgau tiang  .......
       
                             Doa2 kan la ibu ye agar ibu selamat dapat lesen P hahahahaha



Friday, 6 May 2011

IBU

                                                  Buat renungan anak anak semua


           Esok hari ibu,......satu hari yg perlu disambot oleh semua anak2 didunia ini ,ianya untuk menghargai jasa dan pergorbanan seorang ibu.....tanpa kita sedari kadang2 kita terlupa yg ibu kita telah banyak berkorban untuk kita.Perit lelah ibu  mengandongkan kita selama 9 bulan tidak pernah ibu kita ungkit,sekalipon kita banyak merungut bila mana ibu kita meminta bantuan dari kita. Ibu mempertaruhan nyawanya untuk melahirkan kita didunia ini,tapi pernahkah kita ucapkan terimakasih?  Inilah golongan insan yang bergelar ibu yang kadang-kadang kita ketepikan dan kita lupa jasa dan pengorbanan mereka...

               Apa yang perlu kita lakukan pada hari Ibu ini? Terpulang kepada kita untuk menentukannya, tapi pada ibu sendiri, tidak perlu kita tunggu tibanya Hari Ibu untuk kita hargai ibu kita. Selagi ibu kita  disisi, selagi kita masih bernyawa, setiap hari kita harus menghargai mereka. Jangan sesekali kita lupakan jasa dan pengorbanan yang telah mereka lakukan demi kita semua. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu, jadi berbaktilah dan hargailah mereka selagi kita masih berkesempatan.


            Jadi sempena Hari Ibu ini ibu sebagai seorang anak ingin mengucapkan selamat hari ibu buat emak ibu MUNAH  BINTI SAAT ,terimakasih mak kerana telah membesarkan ayon walaupon ayon ini bukan dari darah daging mak sendiri ...ayon sayanggggg mak....dan buat ibu mertua ku puan HABSAH BINTI KADIR terimakasih kerana menyayangi diri ibu ini seperti anak mak  sendiri......dan buat emak kandong ibu sendiri yg tak pernah ibu tatap wajahnya puan WIYAH BINTI DERAMAN terimakasih kerana sudi melahirkan ibu walaupon hidupnya  penuh dengan dugaan.......SEMUGA ALLAH memberkati emak2 ibu semuanya....AMIN......


            Buat anak2 ibu pulak ibu tak mengharapkan sebarang hadiah...yg penting ibu nak dikasihi , dihargai,disayangi,di cintai,di hormati dan yg paling penting sering didoakan oleh semua anak2 ibu.......BERATKAH atau BESARKAH  permintaan ibu ini.......??????????

kau lah RATU hatikuuuuu
sayanggggg mak

selamat  hari ibu kepada kakak ibu jugakkkk



buat semua ibu  SELAMAT HARI IBU


                                                              ANAK IBU


rindu along



manjanya dak angahhhh

Ibu SAYANGGGGGGG anak2 ibu


Teman

       Salam buat anak2 ibu.....Ibu rindu ngan along,ibu rindu ngan anip dan ibu rindu ngan napi huhuhu...anak2 ibu dah lama tak balik rumah,ibu tahu anak2 ibu sibok nak2 lagi sekarang tengah periksa final kan tapi tu la rindu ni datang ngan sendiri,puas ibu halau,dia tetap nak mai jugak ,last2 ibu nangis ....baik dak angah ngan baby  ada,kalau tak lagi le ibu naik sasau....

       Hari ni ibu nak cerita pasal teman pada anak2 ibu la heheheh.....Along dah ada teman istimewa,anip pon dah ada kan dan baru2 ni dak napi pon ibu dengar dah ada teman special....Ibu maklom anak2 ibu dah besar,dah mula nak mencari pasangan  hidup....Ibu terpaksa redha yg ibu terpaksa berkongsi kasih huhuhu...........

       Dulu masa anak2 ibu mula nak membesar ibu pernah berbual ngan ayah,ibu cakap kat ayah ibu takot kalau2 anak2 ibu dah ada teman atau isteri atau suami anak2 akan lupakan ibu,pinggirkan atau tak sayang sama ibu lagi....Ayah ketawakan ibu ,ayah kata sampai bila ibu nak kepit ngan anak2,esok2 mati sorang jugak.....Ayah kata lagi bila anak2 dah besar kita sebagai mak bapak terpaksa biarkan anak2 berdikari sendiri....

         Ibu akui kata2 ayah tu,tapi anak2 ibu tahu kan ibu ni cenggeng aje bila bab nak berpisah dgn anak2 ni....mula2 along masok asrama menengah ibu nangis aje,ibu kenangkan macam mana anak ibu makan,bergadoh dgn kawan2 ke ,sakit pening malam2 dan macam2 lagi la...lama2 ibu redha dalam terpaksa,lepas along masok asrama,angah pulak mengikut,lepas tu anip dan kemudian napi pulak dok menyusul masok asrama .....

      Sebenarnya banyak cerita sedih bila ibu kenangkan saat2 anak2 ibu kat asrama ....anak2 ibu semua suka dan gembira kat asrama sebab ramai kawan tapi ibu kat rumah selalu nangis...bila makan sedap sikit ,ingat anak lepas tu nangis lagi,ayah la mangsa ibu kat rumah,pujuk ibu lepas tu bawak ibu jumpa anak2 ibu,setiap minggu ibu tak miss pergi asrama anak2 ibu,macam2 ibu masak dan bawak kat asrama bak ayah kata macam anak dia tak makan pulak kat asrama tu hehehehe....Ibu tahu ayah penat kerja tapi ibu paksa jugak ayah  bawak kan ibu......,lepas asrama angah,pergi asrama napi lepas tu pergi asrama dak anip pulak...ye lah  anak2  ibu kan selang setahun ajer beza umurnya..... masok aje menengah semua dok asrama.....hah!!!baik dak baby tak masok menengah kalau tak silap2 ibu pon sama ngan baby kat asrama heheheh(ni buah hati pengarang jantong mana boleh berpisah ngan ibu kan)

       Sekarang ibu kena persiapan diri dari segi mental dan fizikal (fuh yo!!! macam nak pergi berperang pulak) sebabnya anak2 ibu dah ada teman,lepas tu anak2 ibu akan berkahwin dan akan tinggalkan ibu huhuhu.....Apakah ibu dapat mengharunginya?????????????.........
                               
                                                     Buah pauh delima batu
                                                    Anak sembilang di tapak tangan
                                                     Bila dah dapat teman baru
                                                    Ayah dan ibu jangan di lupakan

semuga  ada jodoh  kamu berdua



                                                                   anip yg punya