Saturday, 20 August 2011

baca lah anak2 ibu


Hari ni ibu baca note ni sambil menangis...takutnya ibu kalau2 anak2 ibu buat macam ni kat ibu...along,angah,anip,napi kiranya ibu pergi kelak ibu nak anak2 ibu yg menguruskannya.....


Jam 6.30 petang.

Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, "Along mana?'
Mak jawab, "Ada di dapur tolong siapkan makan."
Ayah tanya Mak lagi," Angah mana?"
Mak jawab, "Angah mandi, baru balik main bola."
Ayah tanya Mak, "Ateh mana?"
Mak jawab, "Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?"
Ayah tanya lagi, "Adik dah balik?"
Mak jawab, "Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik."
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, "Mana Mak?"
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, "Tak tahu."
Ayah tanya Angah, "Mana Mak?"
Angah  menonton tv.  Angah jawab, "Mana Angah tahu."
Ayah tanya Ateh, "Mana Mak?"
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.  
 Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"  Ateh  menjawab, "Entah." 
 Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, "Mana Mak?"
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, "Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!"
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"  

Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. 

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. 

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu. 

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat." 

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak. 

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, "Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka." Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, "Mana mak?".
Hanya Adik yang jawab, "Mak dah tak ada." 
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.  

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    

Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnyaSolat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Tuesday, 26 July 2011

Anak-anak: Sindrom Williams Penyakit Genetik Yang Kurang Diketahui

manjanya anak ibu ni

belajau pandai2 ye nak
                                               
hendak tidur ke sayang ooi

besaunya mata diaaa

tidur dalam imannnn

kesayangan ibu

semuga anak ibu ni sentiasa sihat dan gembira

ni marah siapa plak niii
CAKKK




 Kuala Lumpur.
Kanak-kanak ini kelihatan normal, sangat peramah, ceria dan senyuman serta gelak tawa sentiasa terukir di wajah.

Sikap ramah kanak-kanak ini kadang kala menimbulkan kebimbangan keluarga kerana mereka langsung tidak takut kepada sesiapa.

Namun di sebalik senyuman yang diukir, mereka berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya komplikasi jantung, saluran usus yang sempit, malah ada dalam kalangan mereka berhadapan dengan masalah kalsium yang tinggi hingga boleh mengundang maut sekiranya tidak dikesan pada peringkat awal.

Dengan memiliki wajah yang unik, mereka sebenarnya adalah kanak-kanak Sindrom Williams (SW) yang jarang diketahui masyarakat Malaysia.

Sindrom Williams

Berbeza dengan Sindrom Down yang kerap berlaku dengan kadar nisbah 1:670 pada setiap kelahiran, SW pula sebaliknya, di mana ia tergolong dalam satu daripada ribuan Penyakit Jarang Jumpa (PJJ) atau 'Rare Disease'.

Contohnya di Amerika Syarikat, nisbah kelahiran bayi yang menghidap penyakit SW ialah 1:20,000 atau 30,000 pada setiap kelahiran.

Oleh kerana penyakit SW jarang berlaku, menyebabkan kesukaran untuk mengesan pada peringkat awal ditambah dengan kekurangan penyelidik dan doktor yang kebanyakannya hanya ada di bandar besar.

Menurut Ketua Jabatan Pediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Thong Meow Keong, bukan sahaja masyarakat tidak mengetahui penyakit ini, malah doktor sendiri kurang mengetahuinya kecuali dalam kalangan pakar genetik dan jantung.

"Sukar mengesan SW kerana terdapat kombinasi ciri yang pelbagai dan tidak ada ciri khusus yang mengesahkan seseorang bayi atau kanak-kanak itu menghidap SW. Ciri yang biasa terjadi kepada pesakit SW antaranya masalah jantung, saluran injap yang sempit, masalah usus serta kalsium yang tinggi pada badan serta memiliki bentuk wajah yang unik," katanya.

Nama SW diambil sempena nama seorang doktor, J.Williams, iaitu doktor pertama mengenalpasti ciri-ciri tertentu pada pesakit kanak-kanak yang dirawat sekitar 1965.

Melalui jurnalnya, Dr Williams menyatakan kombinasi ciri-ciri penyakit pada kanak-kanak itu antaranya masalah jantung, saluran injap yang sempit, masalah saluran usus serta memiliki bentuk wajah yang agak unik.

Para doktor terutama pakar jantung yang menemui ciri-ciri itu pada pesakit mereka kemudian menamakannya sebagai Sindrom Williams.

Dr Thong berkata SW adalah penyakit genetik yang bukan berpunca daripada ibu atau bapa sebaliknya berlaku dengan sendirinya apabila secebis bahagian pada kromosom nombor 7 iaitu kilang untuk memproses protein bagi menghasilkan elastin yang berfungsi membesarkan salur-salur darah, kulit, rongga mengikut usia bermula dari dalam kandungan telah hilang.

Kehilangan sebahagian cebisan ini menyebabkan 70 hingga 80 peratus penghidap SW berhadapan dengan masalah jantung selain masalah SW.

"Setiap kita mempunyai 46 kromosom atau 23 pasang yang menyimpan 30,000 gen, apabila terdapat sedikit kecacatan pada kromosom itu, ia akan membentuk pelbagai komplikasi dalam tubuh.

"Sukar untuk mengesan SW pada peringkat awal kerana tidak mempunyai ciri-ciri khusus yang lebih tepat seperti mana yang mudah kita kenali pada kanak-kanak Sindrom Down," katanya.

Harapan

Setiap tahun dianggarkan 500,000 kelahiran di seluruh dunia dan kira-kira 20,000 bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan. Di Malaysia dianggarkan tiga hingga lima peratus bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan kelahiran yang sebahagiannya ialah PJJ.

Dr Thong berkata pesakit SW jika tidak diagnos lebih awal boleh mengancam nyawa kerana komplikasi yang dihadapi terutama membabitkan jantung.

"Sekiranya doktor mendapat maklumat awal yang lengkap, SW boleh didiagnos pada peringkat awal dengan menjalankan beberapa ujian khusus terutama yang membabitkan masalah jantung yang akan terus dirujuk kepada doktor kardiologi untuk menjalankan pembedahan jantung ataupun injab yang sempit bagi menyelamatkan bayi atau kanak-kanak Sindrom Williams," katanya.

Kanak-kanak SW mempunyai ciri-ciri tertentu pada wajah mereka seperti bengkak di sekitar mata dengan kelopak mata yang berlipat, mulut yang lebar dan bibir di bahagian bawah yang agak tebal serta dagu yang kecil.

Dr Thong berkata bagaimanapun ciri-ciri itu tidak menonjol menyebabkan kanak-kanak SW dilihat sama seperti kanak-kanak normal lain.

"Perkembangan otak bayi dan kanak-kanak SW agak lambat berbanding kanak-kanak biasa. Ini menyebabkan perkembangan dan pembelajaran mereka menghadapi sedikit masalah. Oleh itu ibu bapa yang mengesan kelainan pada anak mereka ketika lahir perlu rujuk kepada doktor agar dapat diberi perhatian awal dan menjalani terapi.

"Dengan rawatan awal juga anak-anak ini boleh ditempatkan di sekolah khas agar mereka boleh hidup berdikari dan tidak ketinggalan berbanding rakan-rakan sebaya yang normal," katanya.

Bagaimanapun di sebalik kekurangan itu, kebanyakan pesakit SW mempunyai keunikannya tersendiri di mana mereka adalah seorang yang sangat peramah serta mudah ketawa. Dikenali dengan wajah ceria "happy face', kajian menunjukkan pesakit SW mempunyai memori pendengaran yang lebih tinggi berbanding orang normal.

"Walaupun peramah, pertuturan mereka sukar difahami, namun memori pendengaran mereka sangat tinggi dan ini menyebabkan kebanyakan mereka sangat menyukai muzik, malah ada dalam kalangan mereka yang berkebolehan menjadi pemuzik yang baik," katanya.

KONGSI PENGALAMAN ANAK SINDROM WILLIAMS

Berkongsi pengalaman dengan seorang ibu yang melahirkan anak SW, Masliza Maaris, 35, berkata beliau tidak menduga anak ketiganya, Adlan Iman, 11 bulan adalah anak SW.

Dilahirkan secara normal, Iman cukup sempurna sama seperti dua abangnya, Amirul Hakimi, 7, dan Arman Adham, 5 tahun.

Namun sebaik doktor pakar Kardiologi yang merawat Iman menyatakan kemungkinan Iman yang berumur empat bulan ketika itu adalah penghidap Sindrom Williams (SW), beliau tergamam dan tidak mampu berkata apa-apa.

"Sukar untuk digambarkan perasaan ketika itu. Saya tak pernah dengar nama penyakit Sindrom Williams sebelum ini. Macam-macam yang bermain di fikiran ketika itu terutama apabila memikirkan masa depan Iman.

"Namun saya besyukur kerana dapat mengenalpasti kekurangan Iman ketika dia masih bayi lagi, jadi ini memudahkan saya untuk merancang dan melakukan sesuatu bagi membantu perkembangan anak seperti Iman," katanya.

Menceritakan tentang pengalaman berhadapan dengan penyakit SW, Masliza berkata beliau mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada Iman ketika awal kelahiran apabila anaknya itu tidak boleh menerima susu yang diberikan.

"Selain kuat menangis terutama pada malam, Iman juga memuntahkan semula susu yang diberikan, seperti badannya tidak boleh menerima susu itu," katanya.

Pemeriksaan demi pemeriksaan dijalankan, doktor mengesahkan saluran usus Iman sempit yang menyebabkan sukar untuk Iman minum susu hingga menyebabkan berat badannya yang seberat 2.3 kilogram ketika dilahirkan turun kepada 1.7 kilogram.

"Saluran usus yang sempit itu menyebabkan sakit kuning Iman bertambah kritikal yang memerlukan pemindahan darah dilakukan serta merta dan pada usianya tiga minggu Iman terpaksa menjalani pembedahan bagi membetulkan saluran usus.

"Setelah keluar dari wad, pemeriksaan penuh dijalankan ke atas Iman dan doktor mengesahkan saluran darah dalam jantungnya sempit dan akhirnya kami mendapatkan pandangan doktor pakar jantung bagi mengenalpasti penyakit sebenar Iman," katanya.

Apabila dirujuk kepada doktor pakar itulah beliau dimaklumkan kemungkinan Iman menghidap penyakit SW.

"Doktor menyatakan ada pada wajah Iman ciri-ciri SW antaranya hidung yang agak pesek, pipi agak ke bawah sedikit, bentuk telinga yang tajam seperti mana yang dimiliki anak SW yang lain," katanya.

Bagi mengesahkan perkara itu, beliau dan suami, Mohd Faiz Abdul Razak membawa Iman menjalani ujian Fish Test (Fluorescense in sibu hybridization) di sebuah hospital swasta bagi menjalani pemeriksaan kromosom dan akhirnya keputusan itu mengesahkan Iman penghidap SW.Jalani terapi

Selain masalah usus dan saluran jantung yang sempit, Iman juga berhadapan dengan masalah tahap kalsium yang tinggi dalam badan dan tidak boleh diberikan susu yang tinggi kalsium.

Berbeza dengan bayi seusianya, perkembangan Iman juga agak lambat di mana jika bayi seusianya sekarang sudah pandai berdiri jatuh, Iman pula baru hendak belajar merangkak.

Katanya Iman kini menjalani program pencegahan awal di PPUM setiap dua minggu sekali bagi membantu mempercepatkan perkembangan dan pergerakan fizikalnya selain menjalani pemeriksaan berkala pada jantung, ginjal, air kencing dan darah bagi mengawal simptom-simptom SW.

Selain itu pakar pemakanan juga akan menentukan diet Iman mengambil campuran susu, nestum dan "calborie" dalam pemakanan sehariannya.

Diet ini penting kerana bayi dan kanak-kanak SW akan menghadapi masalah sendi yang keras akibat kalsium yang tinggi selain akan menyukarkanya untuk menelan makanan.

"Melihat Iman pada hari ini, saya sanggat bangga kerana dia cukup kuat untuk melaluinya dan kini dia semakin membesar. Dia sangat mesra dengan sesiapapun dan mudah ketawa apabila disapa sama seperti ciri-ciri anak SW.

"Saya harap suatu hari nanti Iman boleh berdikari dan menjalani kehidupan seperti orang lain walaupun hakikatnya dia mempunyai kekurangan," katanya.

Masliza juga berharap dapat membina kumpulan sokongan dalam kalangan keluarga dan anak pesakit SW di Malaysia agar dapat berkongsi pengalaman, serta ilmu bersama masyarakat Malaysia agar tidak bersendirian membesarkan anak Sydrome William.
   
    DAN BUAT PENGETAHUAN SEMUA ANAK IBU YANG ISTIMEWA NI PON DALAM KATEGORI  SYDROME WILLIAM....yg turut mengalami komplikasi jantung berlubang,limpa yg bengkak.hatinya semakin kecut dan masallah darah platelet yg rendah...besau sungguh penyakit yg di tanggung olehnya............SEMUGA ADA SINAR BUAT ANAK KU INI.........
           

                                  

Saturday, 23 July 2011

Pantun buat anak2 ibu

 Orang Aceh sedang sembahyang                                          BUAT ALONG
Hari jumaat di tengah hari
Pergi la along pergi la sayang
Pandai pandai la menjaga diri

Hati hati pergi menyeberang
Jangan sampai titian patah
Hati hati di rantau orang
Jangan sampai berbuat salah


Burung merpati hinggap ditaman
Cenderawasih terbang tinggi di awan
Tabahkan hati tetap kan iman
Tak akan hilang arah tujuan

Bersiar siar ditepi telaga
Untuk berhibur hati yg lara
Kepada along jauh di mata
Mama dan ayah rindu tak terkira

Waktu petang pergi kelaut
Naik sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut tersebut
Budi yg baik teringat selalu

Terang bulan di Pulau Pinang
Anak Belanda turun dari kapal
Tengah malam bangkit terkenang
Air mata turun ke bantal

Ramai orang berhijrah ke selatan
Pergi membeli sebidang tanah
Kalau cemburu jangan berlebihan
Agar kasih tidak la musnah

Ditepi sungai berenang renang
Tebarkan jala tangkap gelama
Jangan disebut jangan dikenang
Lupakan saja sengketa lama
                                     

                                                      BUAT ANGAH


 Layang layang putus teraju                                                    
Tersangkut mari di pokok delima
Kalau dapat kasih setuju
Tentu boleh kekalnya lama

Kalau kita menebang jati
Biar serpih tumbangnya jangan
Kalau kita mencari ganti
Biar lebih kurangnya jangan

Memang pahit pucuk beluntas
Daun selasih ulam istana
Salah jahit boleh di tetas
Salah kau pilih jiwa kau merana

Kucing kurus mandi di papan
Papan nya pulak si kayu jati
Angah kurus bukan nya kurang makan
Tapi kurus memikirkan si jantung hati

Api api unggunan kandis
Damar tumpah di kulit tegar
Lelaki ni angah, mulutnya manis
Jika dia bersumpah jangan sesekali kau dengar

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat lipat
Dunia selamat akhirat hebat


                                                              BUAT ANIP


Orang haji dari Jeddah                
Buah kurma melambak lambak
Perkerjaan guru bukannya mudah
Bagai kerja menolak ombak

Pinang muda di belah dua
Anak burung mati di ranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan di ubah

Kapal Ajiman disangka hantu
Nampak dari Kuala Aceh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih

Kelip kelip ditengah malam
Cantik bintang sangat menawan
Biar cinta banyak halangan
Itu pasal le kau kena jaga cinta tu dgn kesetiaan

Hari panas jangan ke laut
Kalau kelaut kapal tergalang
Hati panas jangan di turut
Kalau diturut akal pon jadi hilang


                                                                    BUAT NAPI


Tunggang kuda naik pedati
Jatuh tersungkur ke dalam semak
Jangan terlalu ikotkan kata hati
Nanti macam harimau naik minyak

Angin teluk membelah pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarla buruk kain di pakai
Asal pandai mengambil hati

Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya banyak yg tidak kena
Jaga la diri jangan tersilap
Jikalau tersilap kau jugak yg bencana

Budak budak berkejar kejaran
Rasa gembira bermain disana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya

Mari kita menanam halia
Ambik sedikit buat juadah
Usia muda jangan di sia sia
Nanti tua sesal tak sudah

Pergi ke sungai mencari ikan belida
Terpancing pulak si ikan keli
Buat baik berpada pada
Buat jahat jangan sekali

Di umpan merak dengan dedak
Hendak ditangkap dengan segera
Di sana hendak disitu pon kau hendak
Cuba le tepok dada dulu,kemudian tanya selera

Roti kaya airnya bandong
Jadi hidangan datok panglima
Biar pon kaya 7 gedong
Kalau tak sembahyang tak ada guna

.

                                                                    BUAT BABY


Ayam kedek kedek
Beri makan padi
Ibu sayang adik
Adik mesti pandai mengaji

Anak lembu merah
Tambat kat pokok asam
Baby kena marah
Baby tarik muka masam

Di hinggap api habis rentung
Kayu alang atapnya ijuk
Buah hati pengarang jantung
Baby meradang payah nak pujuk

Pergi kekota beli kaca
Beli pita dua seuntai
Pandai menyanyi pandai membaca
Itu tanda baby yg pandai

Limau purut limau manis
Tumbuh sebatang ditepi rawa
Kalau di jemput dengan manis
Baby datang dengan ketawa

Hujan menderu rembas di lembah
Pokok mengkudu habis la rebah
Sakit baby tidak la pernah kebah
Hanya tenang dan redha perlu di tambah

Lemak lemak si buah pinang
Lemak lagi pulut berinti
Ibu dan ayah sentiasa berdoa
Buat baby si buah hati

Hitam kulit isinya putih
Buah manggis memang manis
Biar sulit jiwa merintih
Baby tetap tak pernah menangis


                                                       MATI DENAK DEK RACUN SUMPITAN
                                                       ANAK RAJA SUKA MEMBURU
                                                       SAYANG ANAK ANAK UMPAMA JAMBATAN
                                                       PENYAMBONG KASIH AYAH DAN IBU
                                                     
                                                     
                          PUTIH AWAN MENYAPU ANGKASA
                         BIRU LANGIT NAMPAK BERBALAM
                          PANDANG GAMBAR ANAK MENGGAMBIT RASA
                         RINDU MENGGAMBIT KENANGAN SILAM


                                            PERGI KE PEKAN MEMBELI LAICI
                                            SINGGAH BEREHAT BERSAMA TEMAN
                                      MARAHNYA IBU NAK BUKANNYA MARAH MEMBENCI
                                      SEBAGAI NASIHAT UNTUK JADIKAN PEDOMAN

                                                 
                         ULAM PEGAGA TUMBUH MELATA
                         TUMBUH BANYAK DI LAMAN DEPAN
                         EMAS PERMATA TIDAK DI PINTA
                         KEJAYAAN ANAK2 JADI HARAPAN


                                                 AIR DI CEDOK DARI PERIGI
                                                 BASUH LA TANGAN SELEPAS MAKAN
                                                ANDAI AYAH DAN IBU TELAH PERGI
                                                MOHON SEPOTONG DOA ANAK2 SEDEKAHKAN





           
                                       SEMUGA ALLAH MEMBERKATI KELUARGA KITA                      

Sunday, 17 July 2011

adakah ini dalam hati anak2 ibu

Bila lapar yg suapkan aku .....mak
bila dahaga yg susukan aku ...mak
bila bangun tidor yg aku cari....mak
bila menanggis orang yg pertama datang ...mak
bila nak bermanja aku dekati ....mak
bila sedih yg boleh pujuk aku ....mak
bila nakal yg marah pon ...mak
bila mengajuk yg memujuk aku pon ...mak
bila takot yg tenangkan aku ...mak
bila nak pelok ,aku suka pelok ...mak
aku selalu teringatkan ...mak
bila sedih aku mesti telepon..... mak
bila seronok org pertama nak aku beritahu...mak
bila bengang aku suka luah pada...mak
bila takut aku selalu panggil ...makkkkk
bila aku sakit org yg paling risau...mak
bila aku nak exam org yg paling sibok....mak
bila aku buat hal org yg pertama marah aku ...mak
bila aku ada masalah yg paling risau....mak
bila nak kawin org pertama yg aku rujuk...mak
yg masih pelok cium aku sampai hari ni ...mak
yg selalu masak makanan kegemaran aku...mak
yg selalu berleter kat aku ...mak
yg selalu marah aku...mak
yg selalu nasihat aku...mak
yg selalu puji aku ...mak
yg selalu sokong aku...mak






                 Dan buat pengetahuan anak2 ibu semua ,perkataan yg mula2 kamu sebut dulu....MAK

Friday, 8 July 2011

PERASAAN

                                  Ada masa kita ni tak sedar kita ni dah susahkan orang


                                  Ada masa kita ni pon dah ada membebankan orang


                                 Ada masa kita tak tahu samada orang tu ikhlas ke tidak dengan kita


                                 Ada masa kita ni pon tak sedar kita ni sensitif


                                  Ada masa kita tak tahu kita dah buat orang marah


                                 Ada masa kita tak tahu orang tu jujur ke tidak dengan kita


     Ya ALLAH aku pasrah dengan ketentuan MU,aku sedar banyak kelalaian dan kemungkaran yang  telah aku lakukan.Adakah ujian Mu ini petanda masih ada sayang terhadap ku........


                                  Ada masa ALLAH sembunyikan matahari,


                                  Dia turunkan hujan dan ribut petir,


                                 Kita pulak mengeluh dan bersedih ke mana hilangnya matahari,
                                
                                


               RUPA RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI YANG INDAH.

Dugaan atau Ujian


            Di dalam al-Quran, ujian dan dugaan disebut oleh Allah sebagai البلاء (bala’) serta الفتنة (fitnah). Menurut kamus المحيط (al-Muhit), kedua-duanya berkongsi maksud yang sama. 
          Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.
         Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
        Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.
        Dan al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.]
       Ibu akui itu semua,kita mudah terasa dan mudah lemah bila di uji...Setiap kejadian tentu ada hikmahnya kan, kita tak perlu salahkan sesiapa dan tak perlu la kita salahkan diri kita jugak......Terlalu banyak nikmat yg ALLAH dah berikan,kenapa kita harus mengeluh lagi ye.......
        
      Ibu sepatutnya bersyukur dan berdoa kepada ALLAH supaya ibu dan ayah di berikan kekuatan dan ketahanan untuk menanggung segala dugaan dan ujian ini....Ibu pasti ALLAH sama sekali tidak akan memberikan ujian yg tidak mampu di tanggung oleh hambanya.......


                     Semuga kita semua termasuk dalam golongan orang yg sabar,redha dan tetap iman......
                                                           AMEEEEEN



Tuesday, 5 July 2011

ambik lesen kereta

          Seriau bunyi dia kan ,yelah lah umur dah menaik senja sama lorat nak ambik lesen hehehe.....tapi atas sokongan ,dorongan ayah dan anak2 ibu ,ibu teruskan jugak niat tu.....ada masa ibu fikir betul ke ni, yakin ke ibu ni ...macam tak caya pon ada  hahahaha.......

         Anak2 ibu pon tahu kan ibu ni tak pernah nak ambik tahu atau  beri perhatian kat kereta ni,walaupon  memang  hari2 jugak la ibu naik kereta ......tapi betul la kata pepatah tak kenal maka tak cinta hehehe

        Mula2 ibu kena ujian buta warna,lulus dgn cemerlang,lepas tu kena dengau ceramah undang2 sampai 5 jam,bosan la jugak ,ye la kan dah hampir 25 tahun tak masok kelas hehehe,seminggu lepas tu ibu ambik ujian berkomputer JPJ alhamdulillah ibu lulus jugakkkk 43/50 ,ini secara tidak langsung ibu dah boleh dapat lesen L TAPI sebelum tu ibu kena masok kelas lagiii kursus pra L pulak selama 6 jam......bila dah ada lesen L ni pengalaman baru bermula hehehe..... BELAJAR MEMANDU .......

       Ibu bermula dari 0,belajar dari mula menghidupkan enjin sampai le berhentikan kereta ,segalanya baru bagi ibu.... Kesian plak ibu tengok pak cik diriving tu dapat pelajar yg macam ibu ni ....kalau le anak2 ibu dapat tengok mesti kamu semua guling2 ketawakan ibu...mana tak nya pakcik tu suruh ibu pusing stereng ke kiri ibu pusing kanan,bila pak cik tu suruh ibu pusing stereng kekanan boleh plak ibu tanya balik macam mana nak ke kanan  hahahaha(baik le pak cik tu penyabau org nya kalau tak mahunya di bagi penyepak)Air peloh air mata sama2 banyak keluar HEHEHE air peloh pasal panas le pukul 3 ptg belajau kereta mana tak nya berpeluh,air cond plak ditutup ....air mata yg keluar plak bukan pasal ibu nangis tapi pasal ibu ketawa le,ibu ni kalau ketawa banyakpon mesti boleh nangis nya.....   apa 2 pon ibu angkat tabik kat pakcik diriving tu la belom sempat ibu tekan brek dia siang2 dah tekan dulu hahahaha kalau  tak mahu jahanam kereta dia asyik kena langgau tiang  .......
       
                             Doa2 kan la ibu ye agar ibu selamat dapat lesen P hahahahaha