Tuesday 5 July 2011

ambik lesen kereta

          Seriau bunyi dia kan ,yelah lah umur dah menaik senja sama lorat nak ambik lesen hehehe.....tapi atas sokongan ,dorongan ayah dan anak2 ibu ,ibu teruskan jugak niat tu.....ada masa ibu fikir betul ke ni, yakin ke ibu ni ...macam tak caya pon ada  hahahaha.......

         Anak2 ibu pon tahu kan ibu ni tak pernah nak ambik tahu atau  beri perhatian kat kereta ni,walaupon  memang  hari2 jugak la ibu naik kereta ......tapi betul la kata pepatah tak kenal maka tak cinta hehehe

        Mula2 ibu kena ujian buta warna,lulus dgn cemerlang,lepas tu kena dengau ceramah undang2 sampai 5 jam,bosan la jugak ,ye la kan dah hampir 25 tahun tak masok kelas hehehe,seminggu lepas tu ibu ambik ujian berkomputer JPJ alhamdulillah ibu lulus jugakkkk 43/50 ,ini secara tidak langsung ibu dah boleh dapat lesen L TAPI sebelum tu ibu kena masok kelas lagiii kursus pra L pulak selama 6 jam......bila dah ada lesen L ni pengalaman baru bermula hehehe..... BELAJAR MEMANDU .......

       Ibu bermula dari 0,belajar dari mula menghidupkan enjin sampai le berhentikan kereta ,segalanya baru bagi ibu.... Kesian plak ibu tengok pak cik diriving tu dapat pelajar yg macam ibu ni ....kalau le anak2 ibu dapat tengok mesti kamu semua guling2 ketawakan ibu...mana tak nya pakcik tu suruh ibu pusing stereng ke kiri ibu pusing kanan,bila pak cik tu suruh ibu pusing stereng kekanan boleh plak ibu tanya balik macam mana nak ke kanan  hahahaha(baik le pak cik tu penyabau org nya kalau tak mahunya di bagi penyepak)Air peloh air mata sama2 banyak keluar HEHEHE air peloh pasal panas le pukul 3 ptg belajau kereta mana tak nya berpeluh,air cond plak ditutup ....air mata yg keluar plak bukan pasal ibu nangis tapi pasal ibu ketawa le,ibu ni kalau ketawa banyakpon mesti boleh nangis nya.....   apa 2 pon ibu angkat tabik kat pakcik diriving tu la belom sempat ibu tekan brek dia siang2 dah tekan dulu hahahaha kalau  tak mahu jahanam kereta dia asyik kena langgau tiang  .......
       
                             Doa2 kan la ibu ye agar ibu selamat dapat lesen P hahahahaha



5 comments:

  1. Assalamualaikum wbt,
    Salam perkenalan makcik, Apa khabar ? Nama saya amiza. Saya berasal daripada Kuantan dan sekarang menetap di PJ.
    Saya terjumpa blog makcik sekeluarga ni menerusi satu blog yang makcik tinggalkan comment tentang entry berkenaan penyakit sindrom William. Saya menelusuri dan membaca entry makcik terutamanya kisah tentang baby. Tahniah makcik sebab makcik sekeluarga tabah dan kental menghadapi ujian ALLAh SWT. Saya pulak tak berjiwa kental bila membaca, menitik jugakla airmata. Saya doakan makcik sekeluarga terus tabah menjaga baby dan bersyukur dengan segala ujian dari-Nya.
    Sebenarnya, yang membawa kepada terjumpanya blog makcik ialah rasa ingin tahu dengan lebih lanjut tentang penyakit jarang jumpa (PJJ) sebab kebelakangan ini banyak laporan akhbar yang mendedahkan tentang PJJ. Saya hendak tahu dan saya rasa hendak membantu dengan produk kesihatan SNE yang saya edarkan. Saya tak mampu berikan jaminan 100% baby akan sembuh namun saya yakin produk SNE adalah suatu yang boleh diikhtiarkan. Insyaallah simptom-simptom penyakit baby boleh dikurangkan dan siapa tahu dengan izin-Nya baby akan mengalami perubahan yang sangat positif. Saya yakin kerana berdasarkan testimoni kemujaraban SNE mengubati penyakit-penyakit kronik (kanser, strok, kencing manis dll) malah mengubati penyakit genetik seperti leukemia dan SLE. Setiap penyakit ada penawarnya makcik, makcik pegang kata-kata ini supaya makcik terus berikhtiar untuk baby dan tidak mudah putus asa.
    Saya tidak boleh bercerita lanjut kat ruangan ni, jika makcik terbuka hati untuk mengetahui lebih lanjut saya sedia berkongsi. Baby masih punya harapan dengan mencuba. Makcik hubungi saya di 0145005852 atau email aramiza86@gmail.com. Saya menanti panggilan makcik. Kirim salam kepada semua, wassalam.

    ReplyDelete
  2. Wassalam.terharunya makcik bila ada insan yg prihatin pada insan yg lain.Buat pengetahuan miza makcik takut untuk cuba mana produk2 pon sebabnya dulu2 makcik pernah bagi baby try minum satu produk tu tapi malang nya tindak balas sementara dia tu membuatkan baby lagi terok muntah darahnya. Hanya satu doa makcik agar dapat kiranya miza dan orang di luar sana sama2 mendoakan agar kesihatan baby bertambah baik....salam buat miza sekeluarga.....

    ReplyDelete
  3. makcik, takpe lah macam tu.
    saya cuma boleh membantu dengan doa untuk baby dan makcik sekeluarga.
    suka saya tengok kebahagiaan keluarga makcik.
    Allah tak pernah menzalimi hambaNya kan? Kekurangan akan dilengkapi dengan kelebihan.Ikatan kekeluargaan seluruh ahli keluarga makcik anugerah untuk makcik dan pakcik. okla, moga kita boleh bersahabat walaupon dalam alam maya. Makcik jaga diri dan kesihatan ya.


    alahai, sedey la lagu blog makcik ni :(

    ReplyDelete
  4. Terimakasih ye miza..semuga keluarga kita semua sama2 bahagia ye....makcik pon ada FB nanti miza add le makcik zairos Amri...boleh le kita nanti chat heheheh

    ReplyDelete
  5. kompem boleh punya! insya'Allah... esok2 kalau berlanggau... adat le.. kite pun bukan nak main langgau2 ni... teruskan usaha! caiyok, caiyokk!!!

    ReplyDelete